



KHASIAT MADU LEBAH
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklahmeningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan. InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain‐lain
Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik,asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang boleh bertindak sebagai antikanser,antitumor dan antioksidan,di mana bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia.Ia juga berupaya menurunkan glukosa,mengurangkan kerosakan fungsi ginjal,mengurangkan stress aksidatif dan meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Baginda SAW bersabda: "Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan al-Quran." (HR Ibnu Majah)

Tahukah anda hampir 90% prodak kesihatan dan kecantikan dicampur dengan madu lebah.

kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan, nanti disangka MADU LEBAH rupanya RACUN yang sangat berbahaya.
Bayangkan jika madu yang selama ini dibeli dengan harapan untuk menyembuhkan penyakit rupa-rupanya hanyalah sirap befruktosa tinggi yang BERACUN dan tidak mempunyai apa-apa nilai perubatan sekalipun!
Tuan-Puan ketahuilah, amat penting sekali untuk kita mendapatkan madu yang benar-benar tulen. Madu yang 100% asli dan tidak dicampur dengan bendasing yang memudaratkan.
Oleh itu Tuan-Puan, kami nasihatkan Tuan-Puan supaya membelil madu dengan penjual yang benar-benar diyakini…
