



PENGENALAN LEBAH
Allah telah menyebut didalam Al Quran ayat 68 dan 69 ertinya':
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Lebah merupakan sekelompok besar serangga yang dikenal karena hidupnya berkelompok meskipun sebenarnya tidak semua lebah bersifat demikian. Semua lebah masuk dalam suku atau familia Apidae. Di dunia terdapat kira-kira 20.000 spesies lebah dan dapat ditemukan di setiap benua, kecuali Antartika.
Tahukah anda bahawa para saintis telah membahagikan lebah kepada dua kelompok besar iaitu lebah bersengat dan lebah tidak bersengat serta tidak membahayakan manusia.


Stingless bee atau Lebah Kelulut tidak bersengat merupakan lebah tertua yang pernah ditemui. Madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Kajian Mardi dan USM Kubang Kerian mendapati khasiatnya 2 hingga 3 kali ganda lebih daripada madu lebah biasa. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Rasanya masam sedikit dan cair sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan‐hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Pintu masuk sarang lebah kelulut

Telur sarang anak lebah kelulut (broodcell)

Setiap tempayang mengandungi madu
Perbezaan bentuk sarang tempat simpan madu
Lebah kelulut

Madu kelulut terletak di dalam tempayan
Lebah apis

Madu Apis terletak di dalam hexagon
. .